Salam..
Disebabkan dah byk resepi yg aku dh cuba tp bru blog ni wujud..t'paksa la update satu2..
Juz utk koleksi diri sndiri.Ble kte tgok hasil dr tgn sniri wlupon xs'cantik n xs'sedap air tgn org len..tp kepuasan yg ada ckup utk wat kte t'senyum.
Resepi yg aku cuba sume nyer aku amik dr blog2 masakan yg sdia ada.."Sesiapa yg t'baca n m'rasakn resepi n tunjuk ajar dr blog anda..mohon halalkn semua nya.What have been shared are very valuable for me.Thank you a lots=)"
Now,let's proceed based dgn tajuk entry..hehe
Kek ni aku buat sempena raya tahun ni..sangat rumit smpi aku t'pksa menghadap kek tersebut sehari suntuk..dari pagi aku bgn..pg 2 xde la pg gila..pkul 8 lbih gak la..smpai la lpas waktu b'buka aku wat kek ni..biasa la xpro..hehe..mula dr kukus kek smpai la ke deco..tp smemeh jugak kjadian kek 2..haha..sabar je la..
Kata mak: "Dah la 2..dr td hang buat kek 2..naik cemuih (bosan) tgok aihh".
Respon aku biasa je..t'gelak smbil tgn godek2 kek 2 lg..
Kata ayah: Xabis2 lg plaster kek 2 ? ish..ish..ish..
Biasa la ayah kontraktor..so dia pnyer kosakata pon msti la ada ala2 kontraktor..haha..dia igt sma kot wat kek dgn plaster simen rumah..
Dh la aku mrepek..padahal nak letak pic kek n resepi je..spe plak nak bca essay aku ni..
p/s: YOU must read this ok?hehe..xde la rsa sia2 sgt..haha
Kek ni boleh pilih sama ada nak kek kukus or bakar..tp aku prefer kukus sbb lg lembab dia pnyer texture.
RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan C
4 biji telur ~ diblender
Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan
Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu
Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B
Kacau sebati, guna spatula aje.
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan aluminium foil
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.
Caranya..
50 ml whipping cream
200 gm coklat compound - hiris halus
Cara
1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil shingga berbuih ditepi-tepi periuk. Tutup api & angkat.
2. Masukkan coklat compound & gaul shingga coklat larut.
3. Masukkn adunan dalam piping bag & sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 10 minit atau sehingga ganache sedikit keras. Tapi jangan terlalu lama. Nanti susah nak paipkan.
Cream Cheese Frosting - masam manis
250gm Philadelphia/Tatura cream cheese
120gm mentega
1 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
2 sudu kecil jus daripada lemon
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising + vanilla + jus lemon.
Masukkan sedikit adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Tapi jangan terlalu lama nanti keras sangat nak dipaipkan atas kek. Cream yang balance digunakan untuk mentopping luar kek sebelum meletakkan topping ganache coklat yang terakhir.
Setelah cream cheese + coklat filling siap disejukkan dalam peti ais seketika, bolehlah memulakan proses melapis + melayer kek seperti gambar A di atas. Mula-mula buat bulatan kecil menggunakan cream cheese diselang selikan dengan coklat filling. Buat macam lingkaran bulatan ubat nyamuk. Selepas masukkan dalam peti sejuk selama 5 minit untuk keraskan sikit filling-filling tu. Keluarkan dan kali ni letak filling coklat dulu di tengah-tengah & ulang proses bulatan berselang seli sekali lagi sehingga semua kek habis ditindih.
Selepas tu boleh lah menutupkan kek yang bercantum dengan balance cream cheese tadi. Sila lihat Gambar B di atas. Selesai masukkan dalam peti asi sekejap. Keluarkan dan boleh letakkan topping ganache coklat yang dibawah ni pulak.
100 ml whipping cream
300 gm coklat compound
Cara
1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil shingga berbuih dtepi periuk. Tutup api & angkat.
2. Masukkan coklat compound & gaul shingga
![]() |
| Rupa kek selepas sehari suntuk aku deco..hehe |
![]() |
| Ni bahagian dlm..sgt xcntik n aku sniri pon xpuas hati..huhu |
Buat empunya resepi..thanx sgt2.
Nota hati: Rasa puas buat kek ni sbb si dia sempat merasa even kek ni bukan taste dia..thnx=)





0 comments:
Post a Comment